SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dilihat akan menggunakan isu amanat
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada kempen Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) akan datang.
Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan, BN pasti akan membawa isu ini bagi membuat pembuktian mengenai ketidakwajaran amanat sedemikian.
Menurutnya, isu amanat adalah antara isu terhangat yang akan menjadi pilihan BN untuk berkempen.
“Bukan salah mana-mana pihak jika isu ini menjadi agenda utama dalam siri kempen PRU13 nanti.
“Tidak kira parti mana, apa sahaja isu yang berlaku sekitar empat tahun sepanjang pentadbiran di bawah kerajaan negeri, pasti menjadi tajuk utama setiap parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, bukan hanya tempoh tersebut, isu lama juga akan dibangkitkan jika masih terdapat pihak tidak berpuas hati.
Read More / Baca Lagi >>