Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tiada permit dikeluarkan untuk ceramah Pakatan di Ipoh semalam

$
0
0

IPOH, 10 Mei — Polis Perak hari ini mengesahkan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Penasihat DAP Lim Kit Siang di Dewan Chin Woo di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis tidak menerima sebarang notis daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
“Tindakan ini menyalahi undang-undang. Polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Polis turut menerima maklumat mengenai perhimpunan anjuran pembangkang yang akan diadakan Ahad ini, namun setakat ini tiada permohonan permit yang diterima, katanya.
Beliau berkata penganjur seharusnya memberi notis mengadakan pehimpunan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan, selaras dengan peruntukan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.
Paramasivam berkata penganjur yang gagal mematuhi peratutan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 jika disabit kesalahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913