Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pasca PRU!3: Selepas dituduh kafir harbi, DAP diajak masuk BN!

$
0
0
KOTA BHARU:"Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913