
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.
“Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>