Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dakwat kekal yang tidak kekal: Punca utama penipuan dalam PRU13?

Nahar Md Nor

11 MEI — PRU13 yang penuh kontroversi itu telah berlalu. Pakatan Rakyat telah menolak keputusan PRU13 kerana ia didakwa penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Manakala Bersih 2.0 serta beberapa NGO seperti Pertubuhan Ikram Malaysia telah mempersoal kesahihan keputusannya kerana sebab yang sama. Bersih 2.0 telah menubuhkan Tribunal Rakyat bagi melakukan penyiasatan terhadap penipuan dan penyelewengan ini.
Isu pilihanraya tidak adil dan tidak bebas bukanlah perkara baru. Senarai pemilih yang tidak bersih, media massa yang disalahguna oleh pemerintah, penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sementara, adalah antara perkara yang telah berlaku pada setiap pilihanraya dan berterusan dalam PRU13 yang lepas. Sebahagian besar perkara ini terkandung dalam lapan perkara yang dituntut oleh Bersih 2.0.
Salah satu tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal. Tujuan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menghalang seorang pengundi mengundi lebih dari sekali. Pengundi berganda ini boleh berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya:
1. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi pada hari mengundi kerana nama mereka juga terdapat dalam senarai utama pengundi
2. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu, samada semasa pengundian awal atau hari mengundi biasa
3. Pengundi biasa yang mengundi beberapa kali (kemungkinan di pusat mengundi berlainan) pada hari mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu
Untuk menyelesaikan perkara ini, Bersih 2.0 dan rakyat jelata telah menuntut agar dibersihkan senarai pengundi serta digunakan dakwat kekal. Malah Jawatankuasa Khas Parlimen (Penambahbaikan Pilihanraya) juga telah mengesyorkan penggunaan dakwat kekal dan telah dipersetujui oleh Parlimen dan SPR.
Yang menjadi persoalan besar sekarang ini adalah kenapakah penggunaan dakwat kekal ini tidak dilaksanakan dengan baik oleh SPR?
Saya mengatakan bahawa SPR tidak melaksanakan syor ini dengan baik kerana matlamatnya tidak tercapai. Tidak ada maknanya mencalit dakwat tersebut jika ia tidak kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913