Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Zul Noordin sertai tuduhan ‘tsunami Cina’, dakwa DAP di belakang 13 Mei

$
0
0

Zulkifli Noordin: Kempen ABCD — Asalkan Bukan Cauvinis DAP. — Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Mei — Datuk Zulkifli Noordin malam tadi membangkitkan tentang insiden 13 Mei apabila beliau menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan kaum terburuk Malaysia dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.
“Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M’sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!,” tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.
Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.
Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.
Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.
Dalam Pilihan Raya 2013, pengganti Perikatan menang pilihan raya tetapi hilang undi popular.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913