
Beliau akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Jalan Stadium dekat sini tengahari ini.
Sebelum ini laman web pro-Umno, Antarapos.com telah melaporkan kononnya Ariffin mendakwa monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah.
Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin mendakwa, Ariffin menuduh orang Melayu sebagai paling korup.
"Apabila kita kata perkauman, DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian," kata Muhyidin sebagaimana dilaporkan laman web yang dipimpin bekas kakitangan CCSB, organ penerangan kerajaan negeri Selangor yang menamatkan perkhidmatan mereka.

(Kandungan AntaraPos..penuh dengan laporan negatif hal Selangor)
Senator Dr Ariffin SM Omar menafikan tuduhan beliau mengatakan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa seperti didakwa Muhyiddin.
Dr Ariffin sebaliknya berkata beliau hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan penjawat awam daripada pelbagai kaum serta menuduh laman portal pro Umno, Antara Pos memutar-belitkan kenyataannya.