Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tipu PRU: Tiada rancangan demonstrasi jalanan, tetapi protes tempat tertutup berterusan


PETALING JAYA, 15 Mei — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjauhkan diri dari desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi memberikan peluang kepada pengundi untuk “menyuarakan kemarahan” mereka terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi gabungan tersebut.
“Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini.
Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim bersetuju dengan pandangan tersebut seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today mengatakan pengundi seharusnya menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanan. PR telah berulang kali mengatakan Pilihan Raya 2013 telah dicemari dengan penipuan besar-besaran.
Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru berakhir itu.
Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak BN, walaupun gabungan itu kembali berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913