
Selepas kira-kira 30 minit berucap, hujan mulai renyai menyebabkan sebahagian hadirin gelisah lalu bangun untuk mencari tempat berteduh.

“Tak payah. Mereka tiada payung, saya (pun) tiada payung. Saya bukan (Datuk Seri) Najib Razak. Mereka basah, saya (pun) basah,” katanya, tegas.
Tersentuh dengan kerendahan budi pemimpin reformasi itu, orang ramai terutama anak muda terus bersama-sama mendengar ucapan Ketua Umum KEADILAN itu.
Antara yang turut berucap dalam program anjuran Angkatan Muda KEADILAN itu ialah beberapa pemimpin parti, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Haniza Talha, Sim Tze Tzin, Shamsul Iskandar dan aktivis mahasiswa, Adam Adli,