Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

DAP ulangi nasib MCA jika masuk BN

$
0
0
Oleh LIM HONG SIANG
KONTEKSNYA begini. Presiden MCA, Chua Soi Lek mengusulkan bahawa pemimpin partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, seandainya prestasi MCA dalam PRU13 lebih teruk daripada apa yang dicapai pada PRU12. Usul ini diluluskan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA pada tahun 2011.



Mesejnya jelas, ia dibaca sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina, berbunyi, seandainya pengundi Cina tidak menyokong MCA, maka Cina akan dihukum dengan kesudahan di mana tiada perwakilan Cina dalam Kabinet, mahupun kerajaan negeri dan tempatan.
Selain itu, usul ini juga dilihat sebagai strategi Soi Lek mengikat nasib dirinya dengan pimpinan MCA di pelbagai peringkat, daripada jawatan sebesar menteri sehinggalah jawatan sekecil ketua kampung. Ini kerana tidak kurang pimpinan MCA akar umbi didapati menyokong DAP, PAS dan KeADILan dalam PRU12. Justeru, Soi Lek menghantar mesej, seandainya mereka terus berbuat demikian, maka pimpinan yang berjawatan kerajaan ini akan dihukum dengan "buang kerja".
Jadi inilah mesej di sebalik cadangan Soi Lek. Tiada kaitan dengan "akur kepada suara rakyat", mahupun "kegagalan MCA bermakna kegagalan model Barisan Nasional". Ia taktik yang difikirkan semata-mata untuk melanjutkan hayat politik MCA, kerana parti ini telah muflis dari segi idea, roh, nilai malah kemampuan untuk menggendalikan pentadbiran kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913