Keghairahan Kamarul Baharin untuk menjadi
Menteri Besar Negeri Sembilan dan memastikan orangnya bertanding maka
kesemua calon akar umbi yang bergerak bersama cabang sejak
bertahun-tahun dicantas di saat-saat akhir.
ANALYSIS
Bahagian 2PETALING JAYA: Dalam analisa bahagian kedua ini penganalisis politik veteran dari Negeri Sembilan itu seterusnya menghuraikan mengapa Pakatan Rakyat kalah di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu. Kali ini fokus lebih kepada PKR.
Walaupun PKR memenangi tiga kerusi DUN dan satu kerusi parlimen iaitu DUN Chuah dan DUN Port Dickson (kecuali Sikamat) serta parlimen Telok Kemang; ianya merupakan kerusi yang majoriti pengundinya bukan Melayu. Untuk kerusi DUN Sikamat dimana pengundi Melayu berjumlah 62%, PKR hanya menang tipis (majoriti 510 undi).
DUN Ampangan yang dimenangi PKR pada PRU-12 gagal dipertahankan apabila calon akar umbi ditolak dan diganti disaat akhir dengan calon yang kononnya akan dijadikan Menteri Besar Negeri Sembilan kira-kira 15 jam sebelum waktu penamaan calon.
Kegagalan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya (JPRP) PKR Pusat, Azmin Ali mengambil kira faktor calon yang telah berkhidmat bertahun-tahun sebelum itu dan menggantikan dengan calon-calon kroni kerana keghairahan bahawa rakyat akan tetap mengundi siapa sahaja akhirnya membawa padah.
Penganalisis berpendapat sekurang-kurangnya PKR boleh memenangi tiga lagi kerusi DUN iaitu DUN Ampangan, DUN Pilah dan DUN Linggi.
Tetapi malangnya, keghairahan Kamarul Baharin untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan memastikan orang-orangnya bertanding maka kesemua calon akar umbi yang bergerak bersama cabang sejak bertahun-tahun dulu iaitu Dr Mohamad Rafie Abdul Malek di DUN Ampangan, Kamarul Allaymmy Abdul Kadir di DUN Pilah dan Rusli Abdullah di DUN Linggi dicantas di saat-saat akhir.
Dr Mohamad Rafie adalah Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Kamarul Allaymmy adalah Bendahari Cabang PKR Kuala Pilah dan Rusli adalah Timbalan Ketua Cabang PKR Telok Kemang.
Untuk DUN Ampangan yang dianggap kerusi selamat hasil usaha bersungguh-sungguh Dr Mohamad Rafie dan PKR Seremban dirampas oleh Kamarul (yang tewas semasa pemilihan Ketua Cabang PKR Telok Kemang pada tahun 2010).
Kamarul Baharin tidak pernah tunjuk muka di DUN Ampangan