ALOR SETAR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengamalkan
politik munafik apabila melantik pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy
Ponnusamy dalam senarai kabinet mereka.
Menurut
Anwar, semua maklum bahawa Waytha Moorthy adalah individu yang secara
terang-terangan menyuarakan agar hak keistimewaan orang Melayu dalam
perlembagaan dihapuskan.
Individu itu juga kata Anwar telah menyaman kerajaan Britishdan kerajaan Malaysia kerana tidak melayan orang India dengan baik.
"Dulu dia (Umno) kata kita ni tak Melayu, Abg Mat (Mohamad Sabu) ni semua pencacai Cina, nak gadai negeri, nak gadai Melayu.
"Sekarang dia lantik Waytha Moorthy. Siapa dia? Dia nak saman kerajaan British dan kerajaan Malaysia tuntut ganti rugi puluhan bilion ringgit kerana tidak layan India. Dalam carta piagam dia, dia kata dia tolak hak keistimewaan orang Melayu.
"Mana dia Perkasa, mana dia Pemuda Umno? Bangkit lah. Ada ke satu suara pemuda Umno Perkasa pertikai perlantikan ini?
"Ini dia politik kemunafikan, kepura-puraan Umno," katanya.
Read More / Baca Lagi >>