Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

“13 Mei 1969 dalam kenangan…UMNO pikul beban dosa silam”

$
0
0
Oleh Hafiz Zainuddin
“SEBENARNYA, 13 Mei 1969, peristiwa berdarah, perkauman di antara kaum Melayu dan Cina termasuk India sebenar-benarnya itu adalah perancangan UMNO sendiri. Ini tuan-tuan kena faham dan saya minta orang Melayu mesti dengar. Jangan kita tertipu,” kata Datuk Tamrin Tun Ghafar Baba

Akhirnya Pakar Unit IT DAP dapat bukti gerangan makhluk apa membuat sekatan internet pada musim pilihan raya umum lalu. Bukan sahaja jenis makhluk, tapi juga bagaimana, dan di mana sekatan internet itu dibuat. Bukannya apa, pada Mei lalu, SKMM beri jaminan takkan ada sekatan internet. Alih-alih, habis semua laman web rasmi parti termasuk blog Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz disabotaj. Sudah sah kalau setakat jaminan memang tidak boleh dipegang, mungkin selepas ini setiap jaminan perlu diikat ibarat kerbau dicucuk hidung.
Semalam satu aduan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Berjumpalah Pakar IT kami saudara Goh Kheng Teong, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong bertemu pegawai yang bertugas.
Menariknya, antara laman yang disekat ialah video youtube yang dimuat naik admin DAP sendiri perihal Peristiwa 13 Mei 1969 yang diceritakan sendiri Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada Tun Ghafar Baba.
Video bertajuk “Dalang sebenar Mei 13 dibongkar” ini sudah tidak boleh ditonton di youtube. Pun begitu, unit IT parti sudah menyediakan satu lagi pautan lain yang memaparkan video terbongkarnya dalang di sebalik peristiwa hitam 13 Mei 1969 https://vimeo.com/66376190
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913