Oleh Shahbudin Husin
Di antara menteri kabinet yang dilantik Najib Rabu lalu, Menteri Dala
m Negeri Zahid Hamidi yang dilihat paling menonjol. Hampir semua orang bercakap mengenainya dirinya.
Sebaik diumumkan bertukar jawatan dengan Hishammuddin dan kemudian menyarankan agar rakyat yang tidak setuju dengan sistem politik negara ini dan lebih menggemari sistem undi popular agar berpindah ke negara yang mengamalkan sistem tersebut, namanya mula meniti dari bibir ke bibir kebanyakan rakyat.
Apabila kemudiannya beliau membidas Anwar dengan mengatakan negara ini bukan bapa Anwar yang punya sebagai jawapan balas kepada kenyataan Anwar terdahulunya yang mengatakan negara ini bukan bapa Zahid yang punya sehingga dia boleh berkata sesuka hati mengenai hak demokrasi yang diamalkan rakyat, nama Zahid makin menjadi sebutan.
Kemudian apabila seorang reformis pelajar, Adam Adli ditahan dibawah Akta Hasutan, ia juga dikaitkan dengan pendekatan Zahid yang mahu membawa era ketegasan dalam bertindak dalam memimpin kementerian barunya. Sebelum itu juga beliau ada memberi amaran kepada mereka yang cuba menghuru-harakan negara ini bahawa tindakan yang bersesuaian akan diambil segera.
Zahid kemudian memberi amaran portal berita Malaysiakini yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya dengan ketegasan, jangan main api dengan saya. Dari seorang yang mesra media sebelum ini, Zahid seolah-olah ingin bergaduh dengan media secara tiba-tiba.
Zahid juga bertegas dengan Lim Guan Eng yang mahu beliau meninta maaf berikutan kenyataannya yang dilihat angkuh dan sombong dengan menyarankan rakyat negara ini berpindah ke negara lain dengan mengatakan Lim Guan Eng yang sepatutnya meminta maaf kepadanya.
Terdapat juga laporan yang menyebut Zahid meminta golongan yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui rampasan kuasa dan demonstasi jalanan supaya tidak lupa bahawa tindakan itu tidak demokratik dan mereka perlu menerima keputusan pilihanraya lalu seadanya kerana dakwanya Ketua Menteri Pulau Pinang itu salah tafsir terhadap kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>