Kerajaan BN diselamatkan oleh 3,139 undi majoriti membabitkan 5 kerusi DUN, kata Dr Rosli Yaakop.
Image may be NSFW.Clik here to view.

Malah Dr Rosli berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sudah hampir tumbang dan hanya diselamatkan oleh 3,139 undi majoriti membabitkan lima kerusi DUN.
“Pertama, berbanding keputusan PRU-12 (2008), jumlah undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat bertambah sebanyak satu peratus daripada 47 peratus kepada 48 peratus dalam PRU-13.
“Jumlah undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat mencatat kenaikan di kesemua kerusi yang ditandingi berbanding PRU-12. Namun demikian, Pakatan Rakyat telah kehilangan satu kerusi berbanding keputusan PRU-12.