Kami ingatkan ada teguran untuk Utusan
Malaysia, tetapi tidak. Seperti biasa Utusan Malaysia terus kebal
daripada undang-undang negara. Belum mampu disentuh oleh sesiapa pun.
Tetapi yang cukup bersalah dan tidak
beretika adalah portal Malayskini sehingga diberikan satu amaran keras
oleh Menteri Kementerian Dalam negeri (KDN) yang baru, Datuk Seri Zahid
Hamidi namanya.
“I will monitor every word, every sentence, every paragraph and every news item in Malaysiakini. You don’t play fire with me. You always spin.
Boleh atau tidak buat benda yang sama
kepada RTM, TV3, Utusan dan sebagainya? Terima kasih wahai menteri jika
suara & tuntutan rakyat Malaysia ini didengar.
Berita Semasa tidak pasti apa
sebenarnya yang telah membangkitkan kemarahan Zahid Hamidi. Ini kerana
berdasarkan semakan kami terhadap laporan berita yang dikeluarkan
sendiri daripada Utusan malaysia dengan laporan berita Malaysiakini :
Laporan Berita Malaysia VS Utusan Malaysia?
Sumber berita Malaysiakini versi Inggeris :
Sumber Berita Malaysiakini versi BM :New Home Minister Ahmad Zahid Hamidi says the opposition can “migrate elsewhere” if it is not satisfied with the country’s electoral system.
Kedua laporan berita Malaysiakini ini dipetik terus daripada laporan akhbar Utusan Malaysia sendiri yang isinya daripada anda sendiri. Jadi apa yang putar belitnya di sini?Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Read More / Baca Lagi >>
- Bagi kami daripada memberikan amaran keras, menggugut seperti ini, mengapa tidak menggunakan saluran yang betul jika benarlah Malaysiakini telah “spin berita” & membuat fitnah
- Mengapa tidak menggunakan saluran undang-undang dengan cara saman Malaysiakini?
- Be professional! Get your lawyer do the work. Statement ugut mengugut sudah tidak relevan pada masa sekarang.
- Kalaulah mainstream media seperti Utusan, TV3 cukup beretika di mata Zahid Hamidi, mengapa mereka beberapa kali telah tumbang dalam kes saman fitnah terhadap mereka?
- Besarlah harapan kami sekali lagi, diharapkan Zahid Hamidi jadilah Menteri Malaysia, Menteri Rakyat Malaysia
- Bukannya Menteri untuk parti politik. Insyaallah.