Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PKR akan fail 27 petisyen terhadap keputusan PRU13

$
0
0
KUALA LUMPUR, 23 Mei — PKR akan memfailkan 27 petisyen terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di mahkamah setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mewartakan keputusan PRU13 pada 5 Mei.
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini berkata petisyen itu, yang melibatkan keputusan PRU13 secara umum serta beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), akan difailkan dalam masa terdekat.
“Kita akan mengkordinasikan proses memfailkan petisyen itu dengan anggota pakatan kita yang lain, DAP dan PAS,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai hari ini.
Abdul Aziz berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
PKR memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 31 kerusi pada PRU12. — Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913