KOTA KINABALU, 23 Mei — Keluarga rakyat asing mengatakan mereka
menerima kad pengenalan biru di Sabah melalui “Projek IC” sebelum
memohon untuk pendaftaran lewat bagi anak-anak mereka,” kata seorang
pegawai mahkamah kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan
dengan pendatang tanpa izin di sini hari ini.
Melissa Chia, pendaftar kanan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi keterangan hari ini bahawa rakyat asing, kebanyakkannya warga Filipina dan Indonesia tanpa surat beranak Malaysia, membuat permohonan seperti itu untuk anak-anak mereka apabila beliau bekerja sebagai magistret di Tawau dan Semporna semenjak 2008.
“Mereka kata, ‘Saya tidak mempunyai surat beranak kerana dapat IC melalui Projek IC,’” kata Chia semasa RCI hari ini.
Mereka kata, ‘Jadi semasa saya bekerja di kem atau industri kayu, terdapat kumpulan yang memberi saya borang untuk memohon. Jadi saya ikut dan pohon. Saya dapat IC biru,” tambahnya apabila ditanya apa maksud keluarga rakyat asing dengan “Projek IC.”