Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran
penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi
merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini.
KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja.
"Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak KDN sebelum ini.
"Operasi ini akan dilakukan secara berterusan dengan bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 bagi memastikan semua pihak tidak melanggar Akta tersebut," kenyataan itu dipetik.
Menurut KDN lagi, sejumlah 1,408 naskhah Suara Keadilan, 1,062 naskhah Harakah dan 70 naskhah The Rocket dirampas dalam operasi itu.
Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini.
Read More / Baca Lagi >>