Terbukti sekarang, siapakah yang mula
mewujudkan keadaan huru-hara.... Kerajaan minoriti 47% yang dipimpin
Najib Razak, yang telah hilang sokongan majoriti Rakyat, yang berusaha
untuk mencetuskan huru-hara...
Tindakan keras terhadap ‘hasutan’ bermula hari ini
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen
Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris
Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis
Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kesemuanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
Sementara itu, akhbar milik PAS Harakah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kawasan pagi ini di seluruh negara.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara baru Tan Sri Khalid Abu Bakar berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.
Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.
“Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu,” kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Pukul 12.35 dia hubungi kami beritahu kena tangkap.
“Sekarang dia sedang dalam perjalanan di bawa ke Balai Polis Jinjang oleh polis.”
Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>