Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913