Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA
LUMPUR, 21 Dis – Majlis Peguam sedang menyiasat kemungkinan berlakunya
salah urus dalam pembentukan draf akuan bersumpah (SD) kedua P.
Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata
presidennya Lim Chee Wee hari ini.
Lim berkata demikian ketika ditanya berkenaan cadangan Majlis Peguam
mengeluarkan emel kepada semua peguam di Malaysia menuntut peguam yang
mendraf akujanji detektif persendirian kedua untuk mengesahkan
identitinya.Clik here to view.

Lim berkata Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini. – Gambar fail
“Majlis Peguam sedang menyiasat perkara ini,” kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap penyiasatan tersebut.
“Kami sedang menyiasat sama ada berlakunya salah urus dalam perkara ini,” kata Lim
Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu semalam mengusulkan selepas kontroversi terhadap identiti peguam, dengan beberapa ahli majlis peguam mendakwa ia adalah peguam berpangkat “Tan Sri.”