PETALING
JAYA, 25 Mei — Ribuan rakyat berpakaian hitam memenuhi Padang Timur
berhadapan Amcorp Mall menyokong perhimpunan #Black505 di sini.
Perhimpunan ini merupakan rentetan daripada perhimpunan #Black505 yang telah dijalankan di seluruh negara termasuk di Selangor, Johor, Pahang, Perak, Melaka dan Terengganu dan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai penganjur utama.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan pendirian
Pakatan Rakyat (PR) jelas mereka menang secara sah dalam pilihan raya 5
Mei lalu.
“Ini bukan soal kaum. Dia kata saya, Mat Sabu ni jaga Cina. Saya nak jawab, ya, saya jaga Cina apa masalah? Ya, saya jaga India apa masalah? Kita jaga rakyat dan bukan rompak harta rakyat.
“Saya nak ulang, tak boleh siapapun sangka, saudara telah membuat keputusan bijak. Saudara telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lebih yakin dengan mahkamah rakyat!” kata Anwar disambut dengan sorakan.
Anwar juga mengatakan perhimpunan akan meneruskan perhimpunan #Black505 kerana ia adalah hak kepada semua rakyat Malaysia.
“Kita akan terus berhimpun kerana ini adalah hak kita untuk menentang kezaliman. Bersih akan ada Tribunal Rakyat. Biar ratusan ribu beratur untuk beri keterangan!
“Kita hasut orang pertahankan hak, kita hasut orang lawan perompak, kita hasut orang lawan penipu,” katanya.
Anwar turut meminta pengundi yang tertanggal dakwat kekal membuat laporan polis beramai-ramai sebagai bukti dakwat kekal tidak berkesan untuk digunakan di mahkamah kelak oleh PR.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan mereka yang menuduh rakyat menggulingkan kerajaan dengan kekerasan sebagai tidak bijak kerana rakyat tidak bersenjata.
Read More / Baca Lagi >>