
PETALING JAYA, 26 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu membuat laporan polis berhubung penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya tersebut.
Salinan laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat-pejabat PKR, PAS atau DAP yang berdekatan bagi membuktikan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.
Laporan yang dikumpulkan itu seterusnya akan digunakan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya.
“Kita mahu puluhan ribu laporan polis, paling kurang tentang dakwat kekal.

“Selain itu, pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang lain sudah mengundi menggunakan namanya juga kena buat laporan polis,” ujar Anwar dalam ceramahnya di Kemuncak Perhimpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur AMcorp Mall di sini malam tadi.
Anwar berkata lagi, sekurang-kurangnya terdapat 30 kerusi parlimen yang dipercayai dimenangi BN dengan cara penipuan dan penyelewengan pilihan raya.
Selain itu, Anwar turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai bukti dan melihat sebarang penipuan pilihan raya turut berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>