PETALING JAYA, 21 Dis — Pendedahan terbaru oleh usahawan karpet Deepak
Jaikishan Rewachand perlu disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), gesa PKR dalam satu
sidang media hari ini serta mengecam SPRM yang mempertahankan salah
seorang panel mereka dalam sebuah kenyataan semalam.
Menurut ahli parlimen Batu (PKR) Chua Tian Chang, pendedahan terbaru ini serius kerana pendedahan Deepak mengaitkan lima individu yang terlibat dalam penarikan pengakuan sumpah (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Lima individu tersebut yang harus disiasat oleh PDRM dan SPRM adalah Deepak sendiri, Balasubramaniam, adik perdana menteri Datuk Nazim Razak dan dua peguam Tan Sri Cecil Abraham serta M Arulampalam.
“Hingga hari ini, pihak berkuasa masih tidak melakukan sebarang siasatan ke atas Deepak dan pendedahan yang dilakukannya.
“SPRM dan polis perlu menyiasat terutamanya Deepak kerana pelbagai kesalahan seperti membuat pengakuan bersumpah palsu, penculikan, peras ugut, rasuah, pembunuhan dan cubaan melindungi individu bersalah tertentu,” kata beliau.
Menurut Chua, kelima-lima individu tersebut boleh disiasat Seksyen 107 Kanun Keseksaan atau Seksyen 120a jenayah terancang atau Seksyen 191 pemalsuan bukti dibawah Akta Pengakuan Bersumpan 1960.
Tambah naib presiden PKR itu lagi, menerusi pendedahan ini pihak berkuasa sudah mempunyai asas dan alasan kukuh untuk melakukan satu siasatan baru terhadapan tuduhan Deepak. Ahli parlimen Batu tersebut juga mengecam kenyataan SPRM semalam yang seolah-olah cuba mempertahankan Tan Sri Cecil Abraham kerana menafikan penglibatan peguam terkemuka itu dalam pasukan semakan badan tersebut yang menutup fail SD kedua Bala pada 2006.
“SPRM sebaliknya mengeluarkan kenyataan mengatakan Tan Sri Cecil Abraham tidak terlibat dalam panel menutup kes SD kedua Bala.
“Mereka sepatutnya menyiasat dakwaan terbaru ini, bukan seolah-olah mempertahankan individu (Cecil) tersebut,” ujar Chua.