Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tipu PRU: 43 Nama Pengundi Ragu Didaftarkan Di Kuala Kedah

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Grafik Pengundi hantu

PETALING JAYA 27 MEI : PKR mendakwa wujud 43 nama pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan di enam rumah di satu taman di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.
Bukti tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh penghuni sebenar enam rumah tersebut di Taman Sri Putra Kuala Kedah yang menyatakan alamat mereka digunakan oleh 43 pengundi-pengundi ragu itu.
Kewujudan pengundi-pengundi itu disedari penghuni rumah tersebut apabila mereka menerima kad pengesahan butiran pengundi di rumah mereka. Kad itu menyenaraikan kesemua pengundi yang didaftarkan di alamat tersebut.
“Saya menyeru kepimpinan SPR memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian ini kerana laporan polis khusus yang dibuat mengenainya,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata kewujudan pengundi ragu di Parlimen Kuala Kedah dikuatkan lagi dengan laporan Borang 10A daripada Suruhanjaya Pilihanraya sendiri yang dikeluarkan terhadap seorang pengundi, Lim Tiek Hong.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913