Najib hanya PM boneka?
PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan,
sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib
di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual
Keenam Perlembagaan.
“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang
Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan
menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan
sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual
Keenam.
“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.
Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>