Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pasca PRU13: Kritikan Shamsul terhadap Abdul Hadi dibalas

$
0
0

Mohd Sayuti Omar

27 MEI — Selepas The Gian Killer, Shamsul Iskandar Md Akin menegur presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kongres nasional PKR tiga hari lalu berhubung kejadian pertindihan calon di antara PKR dan PAS di beberapa buah kerusi yang menyebabkan calon PKR (Pakatan Rakyat) kalah, saya menanti mana-mana pemimpin bangkit PAS menjawab kritikan pedas Shamsul itu.
Kritikan Shamsul itu memang perlu dibela dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ahli Parlimen Bukit Katil itu mempersenda dan menghina presiden PAS. Adalah dayus kalau PAS membiarkan presiden mereka dikentuk begitu saja, apa lagi dihadapan ramai. Aib dan air muka presiden perlu dijaga kerana ia juga maruah parti.
Shamsul secara tidak berselindung menyalahkan kepada Abdul Hadi atas kejadian itu. Beliau melontarkan kemarahan itu di hadapan perwakilan kongres nasional PKR. Mungkin dia ada hujah dan maklumat konkrit maka beliau berani berbuat begitu. Shamsul adalah seorang peguam yang tahu mentafsir undang-undang dan juga bijak memanipulasikan hujan untuk kemenangan - kebenaran? Saya mengenali beliau sejak tahun 1998.
Nah, hari ini sudah ada orang PAS yang bangkit membela presiden mereka. Ia adalah dari anak muda, dari Dewan Pemuda PAS. Anak muda itu Khairil Nizam Khairuddin yang juga bendahari dewan berkenaan. Kenapa tidak Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan yang menjawab? Atau timbalan ketuanya Nik Mohamad Abduh? Begitu juga kenapa Dewan Muslimat membisu, apakah mereka suka presiden mereka dicela?
Mungkin Nasarudin mengarahkan anak buahnya itu untuk menjawab bukan beliau. Jika benar tekaan saya ini, ini menunjukkan ada sedikit kebijaksanaan dari Nasarudin. Kalau beliau yang menjawab akan nampak pertentangan di antara dua kumpulan anak muda dalam Pakatan Rakyat dan situasi itu tidak begitu baik.
Khairil Nizam dalam membalas ketukan Shamsul kepada presiden PAS tampak agak marah sedikit. Sewajarnya kalau anak muda menunjukkan kemarahan dan kebengisannya. Kenyataan dalam tujuan begitu harus keras dan pedas juga.
Beliau mengingati Shamsul agar jangan menjadi hero di hadapan perwakilan kongres dengan menghentam Abdul Hadi Awang. Beliau kesal kerana Shamsul menjadikan kritikan kepada Abdul Hadi sebagai modal untuk menunjuk hebat. Kosa kata Khairil Nizam itu bermaksud kalau hendak menjadi hero janganlah di laman rumah tetapi keluar jauh ke kampung.
Saya yang jahil dan kurang pengetahuan ini tidak jelas dengan hujah Khairil Nizam yang mengkritik Shamsul ini. Beliau telah meminta Shamsul membuat kajian dari berbagai sudut termasuk dari sisi fekah dan usul untuk membuktikan PAS telah langgar semangat “tahaluf syasi”.
“Jika Shamsul benar-benar ‘faqih’ (faham) mengenai tahaluf syasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin PAS, saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa PAS sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi. Begitulah kata-kata Khiril Nizam dipetik.
Saya terus terang, saya tidak memahami apakah pengertian dan terma tahaluf syiasi sebenar di antara PAS dengan PKR. Cuma apa yang difahami tahakluf syiasi itu adalah persepakatan atau persefahaman politik untuk saling kerjasama di antara satu sama lain. Bagi PAS ia dibolehlah selagi ia tidak bercanggah dengan prinsi-prinsip (syariah) Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913