Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar
tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor
sebelum tahun 2008.
"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.
Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.
Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>