SHAH ALAM - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa lebih
bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, demikian menurut
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang berkata ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti pada 15 Dis lalu.
Menurut Teresa, perkara ini timbul disebabkan beberapa masalah termasuk surat yang dihantar tidak sampai ke rumah anggota DAP kerana pertukaran alamat.
Selain itu katanya, terdapat juga usaha daripada beberapa anggota DAP yang mempunyai masalah disiplin mengadu perkara ini kepada RoS bagi menjejaskan imej parti.
“ Semua orang tahu, konvesyen DAP telah dihebohkan sebelum tarikhnya lagi, bukannya ahli perwakilan tidak tahu, sepatutnya ahli perwakilan ini merujuk kepada ibu pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak luar.
“ Jadi perkara ini sepatutnya tidak dipolitikkan, jangan membuat tuduhan yang tidak baik ke atas parti DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.