KUALA LUMPUR, 31 Mei — Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
(IPCMC) perlu ditubuhkan kerana Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasa (EAIC) tidak mempunyai kuasa kata PKR.
Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low (gambar) menegaskan penubuhan IPCMC tidak diperlukan memandangkan sebarang aduan boleh dibuat menerusi saluran lain yang sudah sedia ada seperti EAIC.
Menurut
Naib Presiden PKR N Surendran, keenganan kerajaan untuk menubuhkan
IPCMC menyebabkan peningkatan kematian dalam tahanan polis di Malaysia.
“EAIC tidak mempunyai kuasa berbanding IPCMC. EAIC tidak mempunyai kuasa pendakwaan atau kuasa lain untuk mengambil tindakan yang berkesan dalam kes-kes penyalahgunaan atau salah laku polis; EAIC hanya mempunyai kuasa untuk membuat cadangan kepada organ tatatertib polis atau pendakwa raya,” kata ahli Parlimen Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Keengganan kerajaan melaksanakan cadangan ini telah menjadi punca langsung peningkatan bilangan kematian dalam tahanan polis,” tambahnya lagi.
Menurut Surendran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memastikan keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan dan perlu mengubah pendirian mereka serta membentangkan jadual rang undang-undang untuk pembentukan IPCMC dalam sesi Parlimen ke-13 akan datang.
Kematian dalam tahanan terbaru N. Dharmendran menurut Surendran telah mengejutkan negara selepas dipukul dengan ganas dan didera dengan menggunakan stapler, seperti yang disahkan oleh patologi pada 22 Mei. “Namun tidak ada anggota polis yang telah ditangkap dan tiada caj yang dikenakan, walaupun setelah sembilan hari sejak penemuan patologi,” kata Surendran lagi. Semalam Low mengatakan EAIC berperanan sama dengan IPCMC dimana sebarang aduan yang berkepentingan awam akan memerlukan satu proses siasatan yang bebas.
Read More / Baca Lagi >>