Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

CCTV: DAP buat laporan polis terhadap Musa, Zahid....

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan bercanggah mengenai kamera TV litar tertutup (CCTV) di lokap polis.

Pada 28 Mei, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kementeriannya mencadangkan kamera dipasang di lokap polis supaya rakamannya boleh dijadikan bukti jika berlaku sesuatu.

Bagaimanapun, semalam akhbar The Sun melaporkan Musa sebagai berkata kamera telah dipasang di kebanyakan lokap polis tetapi kekurangan bajet penyelenggaraan menyebabkan banyak yang rosak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
NONE
Oleh itu, Lim (kiri) membuat laporan polis di balai polis Utara Jinjiang
pagi ini berhubung dengan dua kenyataan tersebut.

Dalam laporannya, Lim meminta pihak polis menyiasat siapa yang sengaja berbohong untuk mengelirukan orang awam dan membahayakan keselamatan tahanan dalam lokap polis.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Lim menunjukkan jawapan bertulis di Parlimen yang disediakan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada bekas MP PKR Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh, bertarikh 22 Mac 2011.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin berkata, kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat.

Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat, kata Hishammuddin.

Dalam lain perkataan, tegas Lim, terdapat tiga jawapan yang berbeza yang disediakan oleh kerajaan dan pihak polis mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, Lim tidak menyerahkan salinan jawapan bertulis parlimen itu kepada pihak polis.

Lim berkata, beliau sengaja tidak menyerahkan jawapan bertulis Parlimen itu"kerana saya mahu polis melakukan tugas mereka, untuk menyiasat... Saya mendapatnya dari carian Google".
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913