Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

SABAH SUDAH JADI NEGERI MAK BAPAK DIA, MP DARI BN SABAH SILA LOMPAT SEGERA

$
0
0
TIDAK pelik jika kerajaan minoriti 47% ini di dalam keadaan ketakutan sekarang.  Maklumlah, majoriti rakyat secara terang dan jelas menolak kerajaan zalim yang sekarang ini mendakwa berkuasa hanya atas faktor lebih kerusi di Parlimen.  Itulah 'Kerajaan Kerusi".
Ketakutan teramat sangat apabila membayangkan sekiranya ada rakan-rakan di Sabah atau Sarawak tiba-tiba terbuka 'hidayah' mereka dan melangkah masuk menyertai Pakatan Rakyat, atau sekurang-kurangnya mereka berada di pihak Bebas.  Tidakkah ini akan menumbangkan kerajaan yang ada sekarang?  Ini paling mereka takuti sebab mereka tahu 'nyawa' kerajaan sekarang bergantung sepenuhnya dari dua negeri di bawah bayu tersebut.  Di Semenanjung, telah dua kali PRU mereka 'ghuyub'.
Akibat ketakutan itu, mereka sedaya upaya menghalang kehadiran pimpinan PR yang berpengaruh untuk memasuki negeri di Sabah dan Sarawak.  Sebelum ini, YB Azmin, YB Tian Chua, pimpinan NGO seperti S.Ambiga dan beberapa orang lagi, dan terbaru kelmarin YB Nurul Izzah pula disekat masuk.  Sabah sudah menjadi negeri milik peribadi.
Naib Presiden PKR yang juga MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar telah tidak dibenarkan oleh pihak imigresen Sabah memasuki negeri ini.  "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter nya kelmarin.  Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.  "Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak Imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913