Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Najib Perlu Tunggalkan Umno

$
0
0
Oleh Mohd Sayuti Omar
Najib Razak terus mencari alasan untuk menjustifikasikan 'kekalahan' UBN dalam pilihan raya lalu. Najib perlu berbuat sesuatu untuk memperlihatkan dia kuat dan UBN khasnya Umno dibawah pimpinannya masih ampuh.Ternyata dalam pilihan raya lalu memberi keputusan yang sangat mendukacitakan Najib.


Najib telah pun memadamkan rekod kecemerlangan Umno dan BN selama ini. Justeru Najib kena cari apa saja helah untuk bercerita yang Umno kuat. Perhimpunan agung Umno akhir tahun nanti akan menyoal semua itu kepada Najib.

Belum pernah UBN kehilangan suara popular seperti apa berlaku dalam pilihan raya lalu. Suara popular UBN 47 peratus berbanding dengan Pakatan Rakyat 51 peratus. Perbezaan dan realiti inlah menjadikan Najib terganggu dan kadang-kadang termangu sambil mengetik kuku di hujung bucu.

Begitu juga dengan bilangan kerusi. UBN bukan saja gagal mendapat kuasa 2/3 di parlimen tetapi kerusinya juga merosot terus. Daripada 140 sebelum ini, UBN ditangan Najib hanya mendapat 133 kerusi saja. Tujuh kerusi hilang. Pencapaian Najib jauh lebih buruk dari orang yang dilandanya, Abdullah Ahmad Badawi. Setidak-tidaknya Abdullah walaupun memberi keburukan kepada UBN pada pilihan raya keduanya, tetapi dalam pilihan raya (pertama) ke-11 Abdullah mencatat rekod buat UBN dengan mendapat lebih 60 peratus suara majoriti dan mampu mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen sebaik mengambil alih dari Mahathir Mohamad.

Pencapaian Abdullah, berbeza dengan Najib awal-awal lagi beliau telah gagal menunjukkan prestasi beliau sebagai pemimpin. Kemalangan itu Najib tidak boleh mengatakan kebetulan waktu ini ada berbagai tsunami; India, Melayu dan Cina, yang melanda Malaysia, tetapi kena mengakui kekalahan UBN itu kerana kepimpinan beliau kurang menyerlah dan lemah.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913