Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PATI dan Penganas Bebas Keluar Masuk: Halang Nurul Izzah demi keselamatan Sabah, kata Musa Aman


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Datuk Seri Musa Aman bertegas bahawa Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sabah kerana beliau boleh menjejaskan keselamatan negeri tersebut.
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Menurutnya, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”
“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dipetik dari portal berita The Star Online.
“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” tambah beliau lagi.
Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Khamis lalu untuk menyambut Pesta Kaamatan ataupun Pesta Menuai.
Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913