Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Biar Pakatan teraju PSC untuk SPR, kata pemimpin pembangkang

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dzulkefly mencadangkan pakar berkecuali disertakan dalam jawatankuasa berkenaan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diwujudkan bagi mengawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus diketuai oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.
Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.
“Bagi meyakinkan PR bahawa usaha ini adalah niat yang ikhlas bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, ia seharusnya diketuai PR,” kata Pakar Strategi DAP, Ong Kian Ming kepada The Malaysian Insider.
Menurut pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.
Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
“Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN,” katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913