Sejurus selepas berakhirnya Pilihanraya
Umum ke 13, SPR Malaysia menjadi bahan kecaman daripada pelbagai pihak
dengan sebab-sebab mereka tersendiri. Contohnya SPR Malaysia tidak
bebaslah, bersifat pilih kasihlah, dan macam-macam lagilah. Mengapa? Apa
sebabnya?
Terbaru, berdasarkan laporan portal Malaysiakini SPR Malaysia mendapat “bos” barunya…
The Election Commission (EC) is now under the purview of the deputy prime minister after a reshuffling in the new cabinet.Tourism and Culture Minister Nazri Aziz said that EC is no longer under the purview of the de facto law minister, a position that Nazri held in the previous cabinet.The EC did not feature in the list of 11 agencies and government arms which fall under the new de facto law minister, Nancy Shukri.Nazri had previously headed 19 agencies and government arms when he held this position for two terms between 2004 to 2013.Sumber : Malaysiakini
Sepatutnya SPR Malaysia menjadi badan yang bebas, bukan sekadar nama sahaja tetapi “benar-benar bebas” tanpa ditambat oleh sesiapa baik daripada parti politik hatta pihak kerajaan.
Selain daripada SPR Malaysia, dua lagi
badan yang sepatutnya bebas dan diletakkan di bawah parlimen bukannya di
bawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang berlaku
sekarang iaitu :
- Audit Negara
- SPRM
Terus-terang kami katakan bagi kami
Audit Negara ketika ini boleh kami letakkan pada paras kepujian.
Tetapi……Ada tetapinya. Tetapi, jikalau Audit Negara lebih diberikan lagi
kebebasan tanpa dihalang untuk membuka fail-fail “ikan-ikan jerung”
yang masih lagi bebas berkeliaran di Malaysia untuk mencari mangsa
terbarunya. Insyaallah jika benar berlaku kelak, kami sangat yakin Audit Negara boleh menunjukkan taring mereka yang sebenarnya-benarnya. Tetapi…….(cukuplah setakat ini, mahu lebih lagi boleh tanya kenalan anda di Audit Negara). Sekian.