Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Selepas hampir dua minggu Dharmendran mati, akhirnya polis terlibat “dalam proses” untuk digantung

$
0
0

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Selepas hampir dua minggu pegawai polis yang terlibat dalam kematian dalam tahanan N. Dharmendran akan digantung tugas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Beliau berkata, kementeriannya dan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kes di mana terdapat individu yang meninggal dunia ketika masih dalam tahanan polis.
“Ia sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya ketika ditanya mengenai tuntutan supaya penggantungan tugas terhadap pegawai yang bertugas ketika Dharmendran meninggal dunia pada 21 Mei.
Dharmendran dilaporkan ditahan pada 11 Mei dan meninggal dunia sepuluh hari kemudian pada 21 Mei ketika di dalam tahanan di ibu pejabat polis kontinjen di sini.
Pakar perubatan forensik mengesahkan kematian akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913