Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Anwar: Perubahan didorong anak muda, tangkas padam api perkauman

$
0
0
DSAI_rumah2KUALA LUMPUR. 3 JUN: Kebangkitan anak muda pelbagai bangsa di Malaysia menuntut perubahan sosial, ekonomi dan politik adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, percubaan media Umno-BN mencetus sentimen perkauman untuk memecah-belahkan rakyat tidak akan berjaya kerana desakan perubahan lebih kuat didorong golongan muda di Malaysia.
“Kemahuan anak muda untuk perubahan sangat tinggi. Lihat di kiri dan kanan kita. Mereka (kerajaan) tidak sedar. Desakan perubahan digerakkan oleh mereka. Majoritinya anak muda.
“Makna kebebasan dan wacana sekarang ini ialah tentang kefahaman antara bangsa-bangsa. Ini pilihan pada masa akan datang,” kata Anwar dalam program wacana bersama Profesor Dr James Piscatori dari Univesiti Durham di kediamannya semalam.
Anwar menceritakan pengalamannya dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang membincangkan isu poltik Islam dan masyarakat Melayu berdepan dengan hujah perkauman dilontarkan Umno-BN ketika itu.
“Semenjak saya dari zaman ABIM, kita berhadapan dengan isu kelangsungan politik Melayu-Islam. Ia sebenarnya satu desakan dan isu ini relevan untuk dibahaskan,” kata Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913