PETALING JAYA - PKR hari ini mendakwa seorang calon BN telah bertindak
merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13, 5 Mei lalu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa insiden itu berlaku pada 29 April lalu, berdasarkan pengakuan seorang petugas SPR yang namanya dirahsiakan.
Dalam pengakuan itu, beliau mendakwa mangsa bersama 24 petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN yang kemudiannya mengunci bilik berkenaan.
"Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar RM100 setiap seorang.
"Keesokkan harinya beliau berasa tidak senang dan telah menemui semula wakil BN di bilik gerakan BN bersama empat petugas SPR yang lain.