YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, |
Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan
politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah
dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah.
Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan
adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan
ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang
zalim adalah jihad paling afdal.
Menurut Abu Hurairah (mafhumnya),“Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Lantas Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertaanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu.’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila diserahkan urusan kepada orang bukan yang ahlinya (yang tidak layak).’”
Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada individu yang layak daripada segi iman, ilmu dan akhlak yang baik bukannya kerana dipengaruhi oleh hubungan keluarga, timbunan harta apatah lagi ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotor seperti cara paksaan, menipu dan rasuah.
Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya),“Jihad yang paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim.”
Hadis ini adalah hadis sahih, hadis yang menyebut bahawa ‘jihad paling baik bermaksud jihad melawan hawa nafsu’ menurut sebahagian sarjana, hadis itu termasuk dalam kategori hadis yang lemah (dhaif) dan ada pula yang menegaskan ia adalah hadis palsu. Sebenarnya ia bukan hadis, tetapi merupakan kata-kata seseorang yang bermana Ibrahim bin ‘Ablah.
Read More / Baca Lagi >>