
Menurut saksi yang enggan namanya didedahkan, pada 29 April lalu, beliau bersama 24 orang lagi petugas SPR yang akan bertugas pada hari mengundi dipanggil oleh calon BN Hulu Besut, Nawi Mohamad di Bilik Mesyuarat DUN Kampung Chegar, Batang Pasir Akar.
Setelah semua mereka memasuki bilik tersebut, pintu kemudiannya dikunci dan mereka diarahkan untuk menyerahkan kertas undi masing-masing yang belum dipangkah. Mereka turut dibayar RM100 setiap seorang.
Akibat merasa tidak senang dengan tindakan calon BN itu, beliau bersama tiga lagi petugas berkenaan kembali ke pejabat DUN itu keseokan hari untuk mengambil semula kertas undi mereka.
“Setelah kertas undi diberi semula kepada kami, saya dapati kertas undi tersebut telah dipangkah tanpa pengetahuan dan kebenaran kami,” kata saksi terbabit dalam laporannya yang diedar Rafizi kepada media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya lagi, beliau menjadi saksi bahawa sebanyak 20 lagi kertas undi pos yang tidak dikembalikan telah dimasuk ke dalam peti undi.
Read More / Baca Lagi >>