Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Solidariti Buat Umar: Aktivis Dihalang Guna Masjid Satu Perbuatan Biadap

$
0
0

Satu perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan – itu ungkapan yang paling sesuai kepada pentadbiran Penjara Kajang khususnya dan Kementerian Dalam Negeri kerana tidak membenarkan aktivis yang membanjiri perkarangan penjara menunaikan solat di Masjid penjara tersebut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan biadap apabila pihak penjara tidak boleh berkompromi dalam soal menunaikan panggilan solat. Namun ia tidak menghalang aktivis daripada menunaikan solat di atas rumput di luar pagar penjara.
solat luar pagarSejak dari malam tadi, ratusan aktivis termasuk dari SAMM, SMM dan PSM menemani Umar Mohamad dari luar Penjara Kajang sebagai tanda solidariti. Umar Mohamad yang dipenjara hanya kerana tekadnya mendesak pendidikan percuma, telah disumbatkan ke dalam penjara dengan kesilapan yang disengajakan oleh mahkamah ketika sesi rayuan dibatalkan apabila pegawai pendakwaraya ‘hilang’ dari mahkamah sebelum jam 4 petang semalam.
Wakil SAMM telah dihalang seorang petugas bernama Roslan untuk masuk menuju ke masjid yang terletak hanya 50 meter dari pondok kawalan. Masjid tersebut juga difahamkan turut menjadi tempat untuk solat Jumaat di mana ia dibuka kepada orang awam, bukan hanya dibuka kepada penduduk kuaters penjara.
Bagi SAMM, masjid adalah tempat ibadat yang terbuka kepada semua orang yang beragama Islam, malah sesetengah masjid dalam negara ini juga membenarkan pelancong asing memasuki masjid. Apakah keistimewaan masjid Penjara Kajang sehingga aktivis berugama Islam dilarang masuk untuk menunaikan solat dan ibadat lain?
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913