KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
(IPCMC) perlu juga memberikan keadilan kepada anggota polis, kata bekas
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Musa, IPCMC yang pernah dicadangkan pada 2005 dahulu tidak adil kepada anggota polis kerana tidak memberikan hak kepada anggota-anggota polis untuk membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan IPCMC.
“Kalau penjenayah boleh buat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan terhadap mereka, mengapa polis tidak boleh kemukakan rayuan?” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
“IPCMC ini kena ada keadilan juga untuk pegawai polis. Yang dulu punya setiap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya IPCMC, tidak boleh buat rayuan di mahkamah,” tambahnya lagi.
IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Berikutan beberapa kejadian kematian dalam tahanan polis baru-baru
ini termasuk N. Dhamendran kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan
bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontingen
polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei, desakan agar kerajaan
melaksanakan IPCMC kembali bergema.
Apabila ditanya tentang banyaknya kejadian dalam tahanan polis baru-baru ini, Musa berkata, “Saya syak, ramai yang mati dalam lokap ni sebab ada masalah kesihatan.”
Kata Musa (gambar fail), bukan pertama kali pendakwaan terhadap anggota polis yang menyebabkan kematian tahanan. Sebelum ini katanya sekitar tahun 70an-80an pernah berlaku dua-tiga kes.
Read More / Baca Lagi >>