KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk
Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Katanya,
tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat
yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu
oleh istilah 'dakwat kekal' itu.
“Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.
“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” ujarnya.
Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.
Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.
Read More / Baca Lagi >>