WALAUPUN kali pertama dipertandingkan pada 1974 iaitu
semasa PRU4, Parlimen Maran dan dua Dun iaitu Luit dan Chenor sudah
dianggap kubu kuat BN kerana calon parti itu yang bertanding di tiga
kerusi tersebut tidakpernah menghampakan.
Tambah membanggakan, kemenangan tanpa rekod kalah itu berjaya dikekalkan sehingga PRU12 termasuk bagi kerusi Dun Kuala Sentul dengan calon wanita yang kini disandang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Faktor calon tempatan berpengaruh dengan rekod perkhidmatanbaik tidak dapat dinafikan antara penyumbang kepada kemenangan itu selain pencapaian kerajaan BN yang meyakinkan rakyat.
Ketandusan isu setempat untuk direncanakan pembangkang yang mempertaruhkan calon dari Pas menyukarkan lagi usaha mereka untuk menawan keempat-empat kerusi dipertandingkan.
Namun berlaku perubahan pada PRU13 baru-baru ini apabila buat kali pertama, kerusi Dun Luit menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila seorang ahli perniagaan menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.
Walaupun BN berjaya mempertahankan Parlimen Maran dan tiga Dun pada PRU kali ini tetapi parti itu menerima tamparan hebat apabila tewas di peti undi Sri Jaya dan Sungai Jerik yang majoritinya pengundi Cina.
Mendukacitakan, BN terus ditolak buat kali ketiga berturut-turut di kawasan Sri Jaya bagi kerusi Parlimen Maran dan Dun Luit.
Read More / Baca Lagi >>