
KUALA TERENGGANU: Sembilan puluh lima peratus (95%) peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) gelisah dan melahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa memutuskan untuk merobohkan segera pasar berkenaan untuk dirikan bangunan baru diatas tapaknya.

Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan emosi rakyat terutama di kalangan para peniaga yang bakal ‘kehilangan’ tempat perniagaan yang menjadi sumber rezeki mereka.
Beliau turut melahirkan rasa sedih dan simpatinya kepada para peniaga Pasar Payang dalam suasana hampir menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita (umat Islam) hendak puasa tidak berapa lama lagi dan hendak raya (Aidilfitri). Ini suatu perkara yang sangat menyedihkan, apabila para peniaga (Pasar Payang) kini berada dalam kebimbangan kerana tempat mereka berniaga mencari rezeki sejak sekian lama akan ‘hilang’.
“Kita (PAS) agak terkejut sehari-dua selepas Menteri Besar (Ahmad Said) mengangkat sumpah, satu arahan dikeluarkan kepada Bandaraya (MBKT) untuk menyiapkan kertas Exco untuk meluluskan projek ini secara bersegera. Kenapa kerajaan negeri begitu tergesa-gesa untuk memulakan projek ini,” soalnya.

Raja Bahrin mempersoalkan dakwaan MB Terengganu itu bahawa hanya ‘segelintir’ pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan merobohkan Pasar Payang tersebut.
Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan beliau dengan pihak terbabit.