KUALA LUMPUR, 9 Jun — Rancangan untuk berhimpun di Padang Merbok kekal, kata Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar),
walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor semalam menegaskan tiada kebenaran akan diberi kepada pembangkang
untuk berhimpun di lokasi itu.
Rafizi
berkata kenyataan setiausaha agung Umno itu tidak akan menghalang
himpunan tersebut daripada terus diadakan di Padang Merbok seperti yang
dirancang.
“Setakat ini, rancangan berhimpun itu diteruskan,” kata Rafizi apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
“Kenyataan Tengku Adnan bukan penghalang,” tambah beliau lagi.
Walau bagaimanapun, ahli Parlimen Pandan baru itu berkata mereka akan membuat beberapa pertimbangan terhadap maklum balas dan konsultansi dengan pihak polis, tetapi mengulangi pendirian lokasi asal dikekalkan.
“Kami akan mengambil berat tentang maklum balas dan konsultansi dengan PDRM setakat ini.
“Dan kami akan buat beberapa perubahan ke atas rancangan awal kami, tapi lokasi kekal di Padang Merbok,” tambah Rafizi.
Semalam Tengku Adnan berkata tidak berniat menghalang pembangkang mengadakan perhimpunan tetapi lokasi tidak sesuai memandangkan padang tersebut terletak ditempat terbuka, sebaliknya menasihati pembangkang mengadakan ditempat tertutup di stadium atau lain-lain.
“Kita benarkan mereka untuk adakan perhimpunan di tempat yang tertutup, saya dimaklumkan oleh Datuk Bandar mereka juga minta memohon untuk menggunakan Padang Merbok.
Read More / Baca Lagi >>