Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Provokasi Samseng Halang 'Kembara Oren' Di Pahang Dan N.Sembilan !

$
0
0
Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman. Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi. 
Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka  dihalang hebat oleh seorang lelaki yang bernama "Jelan". 


Khabarnya pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit atas tindakan biadap beliau "ala samseng" yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.


Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi  telah dicederakan. Tindakan ini  jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ia amat memalukan !!.


Sementara itu, difahamkan Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi Kembara Oren  telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Jengka 23 dan 11 semalam.  -PahangDaily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913