Image may be NSFW.
Clik here to view.
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia meminta kerajaan Myanmar menasihati rakyatnya yang bekerja di negara ini agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha itu perlu diambil bagi mengelakkan insiden keganasan dan pertumpahan darah berulang lagi susulan sekumpulan warga Myanmar kerap kali bergaduh sesama sendiri khususnya di tempat kerja.

"Keganasan itu tiada kena mengena dengan rakyat dan pihak berkuasa Malaysia kerana bergaduhan itu hanya melibatkan sesama mereka.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengambil tindakan untuk memantau lokasi di mana sekumpulan warga Myanmar bekerja dan tinggal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Myanmar, U Zin Yaw dan Timbalan Menteri Kementerian Buruh, Guna Tenaga dan Keselamatan Republik Kesatuan Myanmar, Daw Win Maw Tun.